Berita FMT (19 Feb 2026) melaporkan bahawa sekolah swasta dan antarabangsa berdepan kekurangan guru Bahasa Melayu dan Sejarah.
Timbalan Presiden NAPEI, Dr. Teh Choon Jin, berkata kepada FMT bahawa:
“Kekurangan guru BM dan Sejarah di sekolah swasta serta antarabangsa sebenarnya agak ketara. Rantaian bekalan guru terlatih untuk mengajar subjek ini, khususnya dalam persekitaran aliran Inggeris bertaraf antarabangsa, adalah terhad. Kita tidak seharusnya keliru antara kesediaan melaksanakan dengan kemampuan untuk melaksanakannya.”
Beliau menambah bahawa pengajaran Sejarah memerluykan kepakaran kandungan dan kebijiaksanaan mengendalikan isu sensitif — sesuatu yang tidak boleh disediakan melalui kursus janka pendek sahaja.
NAPEI menyokong usaha memperkukuh Bahasa Melayu dan Sejarah demi pembinaan negara, namun menyeru:
- Pelaksanaan secara berfasa
- Program Latihanguru berterusan dan insentif pensijilan
- Kerjasama erat antara kerajaan dan sektor pendidikan
Matlamat kita adalah memastikan kualiti pendidikan untuk pelajar Malaysia, bukan sekadar pematuhan dasar.